Tuesday, October 12, 2010

terima

katamu aku bisu
aku tak bisa bicara hati ke hati
katamu aku buta
renunganku kosong tak siapa peduli
katamu aku kudung
derap di bumi bukanlah kaki

aku memang bisu
suara aku hanya didengari di kalbu
aku memang buta
hijab aku menafikan fatamorgana hakiki
aku memang kudung
sayapku pengganti tapak bumi

katamu aku insan tiada erti
baitmu aku terima dengan penuh erti
betemankan penjagaku di kanan dan kiri......

opera jalanan

langkah berdetap ilmu disandang
seniku bukan rupa seniku hny perkongsian
di kaki lima opera dimulakan
pujangga sisih ini menjadi taruhan

aku tidak gentar jika diaibkan
aku tidak goyah jika berdiriku tnpa kaki
aku tidak sedar apa yang aku mainkan
yang nyata, mainan aku bukan peralatan
permainan aku hanya alunan
alunan aku bersemadi bersama perasaan

jiwa aku bebas..
 bukan untuk dihiris...
jgn acu..
 kelak aku berdarah......

Saturday, October 9, 2010

raja rimba hamba dunia

kabaran pertama bukan akhirat
mengapa ada bait2 tahniah?
mengapa perlu ukir manis di raut?
sekiranya lamaran bertapa kunjung tak diundang..

gelaran anak jati diganti
gelaran anak perantau mula menyeri
bermula setapak tnpa nama
sedangkan anak singa mnjadi raja di rimba

hmpir tamat sudah pertapaan hamba
hmpir penuh sudah ilmu setitik di rongga-rongga
36 purnama anak singa mula menaiki takhta
garang tak bertepi nama digeruni
hasil perantauan yang dicaci
hasil tinta kabaran yang diberi

aku bukan wira aku cuma hamba
engkau bukan pencipta engkau cuma bersyarah
kami bukan laksana kami cuma menurut perintah
kamu hny lorong untuk mencipta
akhirat bukan kabaran tetapi nyata.....

melankolik cinta puaka

di ambang sakti bermula fantasi
termenung tersengguk kelam sendiri
sang pencipta  terbesar sang hamba hny memerhati
di ceruk sudut alam terperinci
fantasi berkalam kepadamu sang puteri..

manakah manis cinta sang puaka?
apakah jitu kasih melankolika?
mengapa hamba dihina tnpa muka?
adakah kerna duniawi kita berbeda?
isi ringkas hmba phon dr engkau putri puaka
agar salju naluri lelaki milik sang hmba....

pergi jasadmu aku tidak peri
pergi bayangmu aku kekal begini
pergi kasihmu aku mati
pergi puaka cintaku aku menitimu di syurgawi

melankolik cinta puaka kau bersemi
ruang fantasiku mula terbuka
bersemi jasad tnjukkan jiwamu
akanku perlihatkan siapa aku
siapa aku di kesenian xbertepi
bersama dikau aku pujangga dan engkau puaka putri...